Tentang Kami
Latar Belakang
Supreme Quest (SQ) adalah sebuah syarikat perkongsian yang telah didaftarkan pada 22 November 2019 bertujuan khusus untuk menawarkan khidmat latihan dan perundingan di samping perkhidmatan pengurusan acara korporat. Matlamat kami adalah untuk membangunkan modal insan ke tahap yang lebih produktif dan berdaya maju.
SQ ditubuhkan atas kesedaran bahawa semua golongan pekerja perlu menjalani latihan dalam perkhidmatan dari semasa ke semasa bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam profesion atau bidang pekerjaan agar lebih mahir, cekap, bermotivasi dan bertanggungjawab serta dapat meningkatkan produktiviti dan kecemerlangan organisasi. Usaha murni ini mampu dicapai melalui program latihan dan perundingan yang disusun secara sistematik.
Visi
- Menjadi organisasi perundingan latihan yang menyumbang aktif ke arah kemajuan pembangunan modal insan secara holistik.
Misi
- Menjadi organisasi yang mampu berdaya saing dalam menjana kesejahteraan masyarakat yang berilmu, beriman dan beramal demi kejayaan di dunia dan di akhirat.
Falsafah Latihan
- Program - program latihan yang dibentuk adalah sesuai dengan keperluan peserta dan organisasi.
- Latihan yang dikendalikan memberi impak-impak positif dari segi keberkesanan dan amalan.
- SQ akan memberikan latihan yang terbaik untuk merangsang perubahan individu secara menyeluruh (mental, fizikal, spiritual, emosi dan sosial).
- Hanya orang yang TERLATIH akan dapat melaksanakan setiap peranan dan tanggungjawab dengan cara terbaik.
- Program latihan akan dikendalikan oleh tenaga penggerak dan barisan perunding latihan yang terlatih dan berpengalaman.
Profil Pengurusan
HAJI SULAIMAN MOHD ASRI
Pengarah Urusan
Bidang kepakaran
- Pengurusan Sumber Manusia
- Pengurusan Acara
Pendidikan
- Executive Master of Business Administration (UiTM)
- BA (Hons) in Sociology & Anthropology (UM)
- Salah seorang pengasas Supreme Quest.
- Berpengalaman lebih dari 30 tahun dalam industri pembuatan (manufacturing) dan juga perkhidmatan (service - perhotelan).
- Berpengalaman luas dalam bidang komunikasi dan kemahiran interpersonal serta pengurusan acara.
- Sering dilantik menjadi ahli panel untuk proses Siasatan Dalaman (Domestic Inquiry) bagi syarikat Kumpulan SEDCO.
JAUHARIAH ISMAIL
Pengarah Operasi
Bidang kepakaran
- Pengurusan Modal Insan
- Sains Kesetiausahaan
Pendidikan
- Executive Diploma in Human Capital Management (UiTM)
- Certificate in Personnel Management (MIHRM)
- Certificate in Secretarial Science (Sabah Institute of Administration and Research)
- Salah seorang pengasas Supreme Quest.
- Jurulatih Bertauliah (Certified Trainer) yang berdaftar dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF).
- Perunding Imej bertauliah (CPICC.MY)
- Berpengalaman lebih dari 30 tahun berkhidmat dalam bidang kesetiausahaan dan pengurusan modal insan di sektor kerajaan dan korporat.
- Sering berkerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, khususnya Institut Latihan Sektor Awam Negeri Sabah (INSAN) untuk memberikan latihan-latihan kepada penjawat awam.
- Penceramah untuk latihan-latihan “in-house” kepada kakitangan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Taman-Taman Sabah.
- Penyedia kertas soalan untuk peperiksaan perkhidmatan awam selama beberapa tahun.
- Telah menghasilkan dua buah buku berkaitan dengan kesetiausahaan.
- Sebagai tenaga pengajar sambilan di Institut Latihan Teknikal dan Perdagangan, Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Sabah
JAUHARIAH ISMAIL
Pengarah Operasi
PROFESOR MADYA DR IMELDA ALBERT GISIP
Associate
Bidang kepakaran
- Pemasaran
- Pengurusan Jenama
-
Pengurusan Hubungan Pelanggan
- Keusahawanan
Pendidikan
- PhD (Pemasaran) (Universiti Malaysia Sabah)
- Master of Business Admin (UiTM)
-
BBA (Hons) Administration (Marketing) (UiTM)
- Diploma in Banking Studies (UiTM)
- Pensyarah Kanan (Pemasaran) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sabah sejak tahun 2007
- Kepakaran dalam bidang pemasaran, pengurusan jenama, pengurusan hubungan pelanggan dan keusahawanan.
- Penyelaras, Unit Perancangan dan Maklumat Strategik universiti yang sama sejak tahun 2017 sehingga kini.
- Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Majlis Penasihat Wanita Sabah sesi 2021-2022.
- Berpengalaman lebih dari 30 tahun dalam industri pelaburan, perkapalan serta pendidikan.
- Seringkali diundang oleh jabatan-jabatan kerajaan dan korporat serta NGO untuk memberikan ceramah.